Followers

Wednesday 10 July 2013

Semalam & Hari Ini.. 
________________________

semalam
saya selalu gaduh dengan awak
hari ini
saya selalu cakap sorang sorang

semalam
saya ada awak untuk kongsi idea
hari ini
saya cari kawan-kawan

semalam
saya selalu rasa terkongkong bila terpaksa jaga hati awak
hari ini
saya bebas buat apa saja

semalam
saya senyum bila orang tanya pasal awak
hari ini
saya selalu lari sebelum orang sempat tanya soalan

semalam
gembira sedih saya kongsi dengan awak
hari ini
saya gembira dengan kawan kawan
saya sedih sorang sorang

semalam
saya jaga penampilan saya
hari ini
saya dah xkesah orang nak cakap apa

semalam
saya simpan je gambar gambar kita
hari ini
ianya jadi kenangan paling berharga

semalam
saya selalu fikirkan awak
hari ini
saya betol betol rindukan awak

jika semalam adalah hari ini, dan hari ini adalah hari esok dan hari esok adalah buat selama lamanya, akan saya genggam hati awak kuat kuat supaya kita dapat bersama selamanya..

mengenali awak adalah perkara yang paling menyakitkan kerana saya terpaksa merindui awak dalam diam..

tapi ianya menyayangi awak adalah perkara terindah yang pernah terjadi dalam hidup saya..
 — 

No comments: